Tuesday, 13 August 2013

Bagi ku, mereka ialah suatu nikmat

Alhamdulillah, Allah hadiahkan aku rasa cinta bahasa arab yang tinggi. Terkadang, aku rasa unik dengan rasa hati sendiri. Perasaannya yang berkobar-kobar untuk menggunakannya. Rindu yang menusuk jiwa. Hingga rasa tergila-gila. Tak mampu aku duduk diam, melainkan setelah perasaan itu reda.

Aku tak pasti bila semua ini bermula, tapi aku masih ingat tika aku di matrik nilai, kelas maharat kalam sem pendek tu bukanlah kewajipan aku, tapi aku suka mengahdirinya. Allah izin, aku termotivasi untuk tetap bertutur dalam bahas arab walau teman-temanku menjawabnya dengan bahasa melayu. Kerana kata ustaz yang mengajar kelas tu, bercakaplah arab dengan sesiapa pun dan di mana saja kamu berada.

Tapi sayangnya, aku berhenti tika aku cuti menanti masuk ke main kampus. Cuti panjang tu, aku tak temui sesiapa yang memahami arabku, lantas berhabuklah ia dalam benakku. Pernah aku cuba untuk memulakan semula, tapi tidak aku temui, melainkan hanya rasa malu dan putus asa.

Syukur pada Allah saat Allah membuatkan aku sedar di tahun keduaku di uia, betapa Ummah dan Deen ini menuntut ‘mahir’. Aku perlu mahir dalam bidangku. Kerana segulung ijazah itu nanti hanya berhabuk di almariku. Bukan tidak penting, tetapi nanti hanya akan menjadi kunci untuk menemui manusia, dan ia bukan kayu ukur untuk diriku sendiri. Kerana ilmu itu apa yang bermanfaat untuk orang lain, bukan yang ku hafal  bertahun-tahun tanpa menggunakannya.

Sejak detik itu, suka aku membiasakan diri untuk bertutur dalam bahasa ini. Pernah aku melalui fasa penat berfikir dan menyusun ayat untuk semua ni, hingga aku terasa bosan dan datang rasa putus asa. Tapi aku tahu aku perlukannya, dan temanku Rashidah Sauji di sisi ku saat itu sentiasa membuatkan aku termotivasi. Sungguhlah kita memerlukan teman dalam melakukan sesuatu dan ianya pasti terasa lebih mudah dengannya.

Setelah itu, aku prefer untuk memilih bahasa arab untuk berkata-kata dengannya hingga pernah suatu ketika, aku katakan padanya yang aku teringin sangat untuk bersembang dengannya dalam bahasa arab, walau saat itu dia malu dengan seorang pelajar arab yang berada berhampiran kami. Entah kenapa saat itu rasa rindu tu membuak-buak. Sungguh, aku benar-benar rindu dan hanya akan puas setelah menuturkan bahasa ini.

Namun, Allah menguji ku saat temanku ini bertukar ke kursus lain, dulunya bahasa arab seperti aku, kini fiqh dan kami tidak mampu berjumpa sekerap dahulu. Dalam hati kecil ini, aku rindu untuk bersembang arab lagi. Namun, saat kami mula berenggang itu, aku mendapati Allah menghantarku sebaik-baik pengganti. Kini, aku mendapati teman dari pelbagai negara hingga aku sentiasa mempunyai teman untuk menuturkannya, malah mungkin sahaja menuturkannya setiap masa, jika aku menghendakinya.

Dan bagi ku, mereka ini nikmat dari Allah untuk ku. Allah menghantarnya saat aku tak pernah terfikir yang aku akan mendapati pembantu dan pendorong sebanyak itu. Hingga kadang-kadang, aku mampu memilih, dari Negara mana aku kehendaki. Bukanlah Allah menghantarnya sekaligus, namun, kebetulan-kebetulan itu banyak dan pernah berturut-turut, hingga terkadang, aku ternanti-nanti, siapa pula selepas ini?!

Di samping kesediaan mereka untuk membantuku, aku mendapati kesabaran mereka melayani kekurangan aku dalam bertutur. Diperbetulkan saat aku tersilap. Ditambah pula dengan ilmu yang tak pernah aku tahu. Aku terasa unik mendapati mereka dalam hidup aku. Namun, aku bersyukur. Saat teman-temanku buntu mencari teman arab, tika mereka tidak tahu bagaimana hendak disiapkan kerja yang diberi, aku punya satu senarai teman hingga aku biasa pilih mengikut kecenderunganku dan bengantung pada kemahiran dan personaliti mereka yang pelbagai.

Alhamdulillah, itu sahaja ucapan selayaknya, kerana aku tak pernah merancang semua itu, malah tidak pernah terlintas di benak ini.

Wednesday, 17 July 2013

an amazing and challenging experience

  • alhamdulillah, lebih kurang tiga minggu mengajar di MATRI, tapi sebagai cikgu tuisyen, ana cuma dapat jumpa adik2 kurang dari 10 kali untuk satu-satu kelas tu.. dan ana cuma mengajar bahasa arab untuk kelas tingkatan 5 sastera putera dan untuk sebahagian kecil pelajar tingkatan 4 putera, di samping masuk ke beberapa kelas puteri untuk menggantikan guru yang tak dapat hadir pada hari itu.. alhamdulillah, dan benar-benar menjadi volunteer memandangkan tiada bayaran yang dikenakan kepada mereka yang hadir..
    alhamdulillah, mendapat pelajar-pelajar yang sedia menerima guru tak berpengalaman buat ana rasa terharu.. kesabaran mereka mendengar dan berusaha memahami penerangan guru yang masih pelajar ni mengagumkan ana..
    bila ditanya tentang mereka, bagi ana mereka baik.. bila tanya macam mana mengajar, i just can say: "i enjoy it'.. mereka terlalu kanak-kanak walau ada sebahagian guru yang tension mengajar mereka.. Wallahu a'lam.. berdasarkan cerita mereka sendiri, dan sedikit yang ana dengar dari guru-guru, mereka banyak tidur ketika kelas bahasa arab, mereka sembang, bila tak faham, mereka tak tanya dll..
    ana kurang pasti kenapa, tapi ana terkejut melihat kesungguhan mereka bertanya ketika ana bersama mereka dalam kelas.. mereka tak tidur, beri perhatian, banyak soal, siap request untuk bagi contoh banyak-banyak.. kata seorang cikgu perempuan yang mula-mula memperkenalkan ana pada adik2 tu: "cikgu cantik, kamu cepat la faham".. but seriously, i sad, really sad.. i just hate, i hate the statement and i can't smile.. "
    buat pengetahuan sir, adik2 ni kebanyakannya failed dan dapat rendah dalam exam yang lalu, ditambah dengan keadaan mereka ketika kelas yang tidak memuaskan itu menjadikan ana punyai tanggungjawab besar kalau ana mampu mengajar mereka sebaiknya.. kata guru2 lain: "bagi kemaih2 sikit".."bagi depa motivasi".. but for me, there are no bad students, only bad teachers..
    walau ana tiada pengalaman, ana cuma rasa yang ana perlu usaha sebaiknya.. walau ana tak pasti sejauh mana ana membantu mereka.. tapi ana bersyukur sempat mendapat nasihat teman2 lain yang pernah menjadi guru "jadilah guru yang kalau kita jadi student, kita nak guru kita macam tu"..
    dan ana rasa pembawaan ana hanya sebagai seorang kakak yang datang membantu, ditambah dengan ceteknya ilmu dan pengalaman.. ana layan karenah mereka, lawak sana sini, cerita-cerita samping yang dikongsikan, dan ana penuhi hajat mereka untuk bawa gula-gula, even tidaklah TOBLERONE atu KFC seperti yang diminta..
    namun, ana juga sedar bahawa untuk memberi penerangan, sebab-sebab, dan contoh-contoh itu bukanlah mudah.. perlu kreatif dan infomatif.. malah soalan yang pelbagai buat ana terkejut kerana sebahagian dari soalan itu tidak pernah terlintas di fikiran ana.. hingga ana kata: "adik2 terlalu cerdik, tak pernah ana terfikir soalan tu".. semua ni buat ana rasa terlalu sedikit yang ana telah kuasai.. terlalu cetek ilmu dan kefahaman ana dalam bahasa arab ni.. moga Allah bantu ana untuk jadi seorang yang benar-benar arab..
    dan antara yang paling berharga ialah ana rasa bagaimana perasaan seorang guru menghadapi pelbagai mimik muka pelajarnya, respon yang tidak kunjung tiba, lawak yang mengguris hati, dan warna warni karenah yang sangat menuntut kesabaran dan senyuman yang tak lekang dari bibir.. kerana kita bukan sahaja perlu menjadi guru, tetapi menjadi pendidik.. dan kerana ana pernah melaluinya dan ana amat mengharapkan si guru agar memahami walau salah itu seberat gunung sekali pun kerana hakikatnya, manusia itu manusia..

  • lagi satu, tentang preparation, ana perasan yang ia sangat sangat penting dan perlu juga untuk mengetahui kebiasaan mereka, tahap pengetahuan mereka, cara berfikir, hajat-hajat dan keperluan mereka.. di samping ana juga sedar, bukan mudah untuk seorang guru membuat persediaan, maka dia amat layak mendapat respon yang baik dan layanan yang mulia.. dan sebagai pelajar, usahalah untuk turut bersedia sebelum ke kelas.. waAllahu a'lam..

Tuesday, 2 July 2013

penatnya menunggu

kali ini Allah mengajar aku harga sebuah penantian.. malah aku rasa Allah juga melatih aku untuk bersedia menerima segala kemungkinan.. entah kenapa hati tertusuk-tusuk menunggu suatu keputusan.. apatah lagi di saat menunggu ketentuan Tuhan.. di dunia ini dan di Akhirat nanti.. hari ini kita menelan pahit untuk redha.. tapi di Akhirat nanti entah apa jenis kepahitan yang kita akan telan menunggu giliran kita untuk dihisab.. nanti kan penantian itu lebih lama.. mengapa tidak hati mu bersabar saja.. dunia itu cuma ujian semata.. Akhirat nanti lebih utama.. bukankah lebih perit berdiri menanti keputusan Ilahi atas setiap amal kita di dunia ini..

Suka aku dengan perkongsian seorang adik dari buku yang dibaca : Reclaim Your Heart

dia buat aku rasa "..it's just a test.. Allah will give us the best.." just be patient..

those pain and hardship can act as both indication and cure, for our broken relationship with our Creator. 
Allah says ''Do the people think that they will be left to say 'we believe', and they will not be tested ?.......'' (29:2-3)
in another verse from the Qur'an ''...and We tested them with good [times] and bad that perhaps they would return [to obedience] (7:168)
many of us wondering, why is this happening to us ? how this happen when we've done nothing wrong ?
the truth is : everything in this life is a test. yes, everything in this life is a test

Here we are told that the very purpose for which life and death were created to test us.
 think for a moment about an emergency siren. what is its purpose ?
the siren is an indication and a warning that something harmful is coming. if we hear it, we naturally panic. 
but, what happens when they need to test the siren ?
what happens when it's just a drill to see how we will react ? the test siren sounds exactly the same, but it is ''only a test''.
although it looks , sounds, and feels real, it is not. it is only a test. and we're reminded of that again and again throughout the test.

this is what Allah tells us about this life. it is going to look, sound, and feel very , very real.
at times, it's going to scare us. at times, it's going to make us cry. but this life and everything in it is only a test. it is not actually real.
as soon as we realize that it is only a test, our questions drastically change.
instead of asking : ''how could this be happening ?'' ''why is it so unfair?''
our questions become : ''how should i react ?'' ''how should i pass this test ?'' ''what am i meant to learn?''
''how can we use this test to bring us closer to the final destination, which is, God ?''

the beauty of the tests of Allah is that, after notifying us that they're coming, 
He gives us the exact recipe in succeeding, which is ; sabar and taqwa
who knows, those trials and tribulations could be a ticket for jannah, IF and ONLY IF we've been patient

once we change our lens in which we see our lives, our internal and external response drastically change.
when the prophets before us were tested, it only increased them in faith and obedience.
until we change that lens, we will NEVER move beyond ''how could this happen to us'', 
to realize the true purpose of the test itself : a created tool to purify, strengthen and bring us closer
to the Creator of me and you.

Wednesday, 19 June 2013

[KTD] moga jodoh kita akan disuluh

saat ada yang berhajat memberi khidmat
pelbagai halangan datang menjengah
tika ada yang menyimpan harapan
masih belum diperlihatkan jalan
bila ada yang siap dengan perancangan
ada pula yang datang menggugatkan

walau aku di sini
entah kenapa KTD di hati
walau ku punya cita-cita tinggi
aku cuma tak mampu membiarkan kau sendiri
walau ku yakin bantuan Allah pasti mengiringi
aku cuma berharap kalau dapat menabur bakti

namun yang pasti
aku akan terus mempersiapkan diri
walau jodoh kita masih belum disuluh lagi
kerana murabbiku punyai satu pesan
"jemput datang dengan persiapan"
dan satu yang takkan ku lupakan
"anak-anakku, cepatlah dewasa"
"adik-adikku, cepatlah membesar"

Monday, 17 June 2013

bicara maaf

teruja dan kagum rasanya melihat manusia meminta maaf sekerapnya dan setulus hatinya.. entah apa jenis hati yang Allah berikan kepada dia.. maaf meniti di bibir, dan air mukanya benar-benar memaksudkannya.. sering aku lihat manusia yang apabila terbiasa dengan suatu bicara, maka rasanya semakin tawar.. ikhlasnya seakan hilang.. dia tidak lagi benar-benar memaksudkan kata-katanya itu.. tapi saat aku melihat si adik kecil ini, aku teruja.. bukan semudah suatu bicara kata.. namun itulah kelebihannya.. beberapa ketika setelah selesai bersembang, dia pasti akan mendapatkan rakan sembangnya itu untuk dipohon kemaafan atas keterlanjuran kata.. subhanallah, apa jenis akhlak kah ini?

sembangku dengan seorang senior yang tidak pernah aku sapa sebelum ni juga mengagumkan.. gerak hati aku meminta sedikit nasihatnya tempoh hari mungkin penyebab sembang kami sehari dua ni.. tapi yang pasti, sebelum tidur semalam, sekitar jam 11.30, sempat dia memohon maaf.. ayat yang digunakan ialah: "...di kesempatan ini..." dan bila ditanya: kenapa sebut kesempatan: jawabnya ringkas penuh makna: "kesempatan tu ialah saat masih hidup".. katanya, dia jenis banyak fikir benda-benda yang dah dibuat.. terutamanya bila deal dgn orang -family, kawan, etc... subhanallah, apa jenis tabiat kah ini?

maaf itu diminta saat kita bersalah dalam sesuatu hal.. tika hati tidak tenang kalau kita mungkin melukakannya.. apabila kita tahu hanya maaf penyebab ketenangan itu kunjung tiba.. dan ia cuma natijah dari sejenis hati yang benar-benar memaksudkannya.. jika tidak, maka terpancarlah di wajahnya kalau maaf itu dari kedua bibirnya, bukan hatinya.. maaf itu bicara ringkas, dan ringan, tapi ia mungkin sahaja menjadi rumit dan sulit untuk dituturkan, lantaran hati terasa keras dan ego lebih diutamakan..

saat baik hubungan kita dengan manusia, itu petanda baiknya hubungan kita dengan Sang Pencipta.. subhanallah.. rendah diri dengan manusia, rendah hati dengan Yang Maha Berkuasa.. andai mampu aku tarbiyah hati ini agar mampu mencontohi kalian.. kalian benar-benar mengujakan..

Saturday, 8 June 2013

..one year left..

cepat saja masa berlalu.. tak sangka dah tiga tahun berada di main campus.. rasa hari tu baru saja di awal tahun dua dan aku berkira2 untuk aku tingkatkan kemahiran berbahasa agar tiba tahun akhir, aku benar2 tahu banyak benda.. tapi tak semudah itu rasanya.. terlalu menuntut kesungguhan dan pengorbanan.. tapi aku tersenyum lantaran pemurahnya Allah menghantar aku bantuanNya.. hari demi hari, pasti saja ada kenalan arab baru buat aku.. walau mungkin tak mampu punyai teman seperjuangan, tapi dianugerahkan 'tutor-tutor' sebegini buat aku tahu yang aku tak berjuang sendiri..

aku punyai 'guru-guru' yang sudi dan sedia membantu.. tersenyum kadang2 melihat kesungguhan mereka yang aku tak pernah jangka akan menjadi sebahagian dari hari-hari aku walau ada juga pengalaman pahit bersama foreigner.. tapi manisnya saat itu mengubat segalanya.. sungguh bersyukur saat melihat teman-temanku susah payah mencari seorang foreigner, namun aku pula punyai senarai nama hingga aku boleh pilih yang mana yang aku suka.. alhamdulillah, dianugerahi foreigner ialah nikmat terbesar dalam aku meningkatkan kemahiran berbahasa arab ini.. alhamdulillah..

beberapa ketika setelah selesai menduduki paper terakhir untuk final exam ni, aku hantar satu request pendek buat semua yang aku kira mampu memberikan aku sedikit bicara kata agar mampu menjadi nasihat buat aku.. kerana aku orang baru yang akan bergelar 'final year student'.. dan mereka pula telah melalui jalan ni.. permintaanku ringkas:

"quite hard for me to believe that i already ended my 3rd year studying in uia.. i have another one year left. . would you say something as an advice for me?"

Dr. Isiaka Adam nigerian:
"Dear Izzah, congrats! Thank Allah always. But it's not over until ... You can increase your CGPA and final result. You must begin to plan a career now & your parents should look for your future Ustaz. I trust that you would put more efforts in your studies, including seeking higher degrees. BEST OF LUCK :-)"

Bro. Abdul Fattah nigerian:
"alhamdulillah for you.. just determine, prayerful, hopeful in Allah and work hard to finish your studies then always seek advice from others"

Sister Hamida uzbekistan:
"I know Allah gave you diamond heart...just follow what it says. If Allah is all you have, you have all you need"

Dr. Munirah Ahmad Dahari:
"my dear, believe it! You've made and most importantly you've made it with your best shot, appreciate your other 1 year here, this coming 1 year will seems very short, time will past very quickly..all the best my forever best friend"

Bro. Umar Ismail:
"here is my simple advice; learn your courses very well, have a good common sense, and strengthen your islamic knowledge so that you will graduate as a very much well person than others"

Sir Irwan Affendi:
"there are two hadith that could relate to you. 1: whoever takes a road to gain ilm, Allah will ease his road to Jannah. 2: whoever eases others business in dunya, Allah will ease his business in akhirah.. Ukht, maintain your role and never get off track.. What you actually possess is what you can give, not what you have in hand"

Dr. Mohd Abbas Abdul Razak:
"stay focused and make doa that you can serve the ummah"

Sister Hauwa Ummu Wazir nigerian:
"my advice is, don't be angry for anything in your study which is good or bad because knowledge is a light in our life.. May Allah change bad things to be good for all of us. I wish you khair and success in your life now and hereafter"

Sister Istiqamah Mashitah indonesian:
"ala kulli hal, barakallahu fik, 1 year left. May Allah bless your time. My advice for me & you:  ij'al dirasatak khalisan lillah, make full use of your presence in uia, acquire knowledge as much as possible. Atleast that is our contribution for islam. Nasalullah tawfiq, amin"

Alhamdulillah, macam-macam deminsi nasihat yang ada.. seronok bila spread msg minta nasihat, memang macam2 benda dapat.. tapi memang masa setahun yang berbaki ini terlalu pendek.. tapi satu kata-kata yang paling terkesan di hati: "make doa that you can serve the ummah".. huh.. terasa macam lupanya aku pada Allah.. aku berusaha sana sini untuk jadi terbaik agar Islam boleh tumpang, tapi ada aku minta agar Allah izinkan aku berkhidmat untuk Islam? terasa terpukul sungguh.. kita usaha, tapi terlupa nak minta Allah bantu kit dan izinkan agar kita mampu membuatkan Islam tumpang hidup kita.. begitu juga doa yang dipos Sir Irwan Affendi di page facebooknya: "O Allah, please help me be good at English/Arabic etc, so I can read, I can write, I can speak, I can listen, and be a better muslim.. amin.." Moga Allah mudahkan semua projek Akhirat kita..

Thursday, 30 May 2013

my essay entitled "After The Basic Counseling II …"

Alhamdulillah, pantas sungguh masa berlalu, selesai sudah kelas ‘Basic Counseling Skill’. Kepelbagaian ilmu dan pengalaman yang dibincangkan di dalamnya membuatkan saya semakin faham bahawa hidup ini terlalu unik untuk digambarkan. Warna-warni kehidupan setiap manusia itu menjadikan setiap kita mempunyai cara pandang dan rasa hati yang berbeza. Saya kira, tiada seorang pun dalam kalangan makhluk Allah yang tidak terhitung bilangannya ini akan mendapati bahawa perjalanan dan pengalaman hidupnya seluruhnya sama dengan sesiapa pun. Malah kembar yang mungkin ditakdirkan hidup bersama pun pasti punyai perbezaannya dan sekecil-kecilnya ialah seorang bergelar kakak/abang dan seorang dikira adik.

Setiap kita punyai bahagian masing-masing dalam hidup ini. Allah mengurusi kita dan menguji setiap hati kita sesuai dengan kemampuan kita, walaupun mungkin terlihatkan bahawa mereka yang lain telah dilebihkan dalam beberapa aspek. Sesungguhnya Allah Maha Tahu yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Walau mungkin kita mampu menyelesaikan sesuatu itu berdasarkan ilmu dan pengalaman yang kita miliki, takdir dan ketentuan-Nya tiada yang dapat lari darinya. Hakikatnya, Allah punyai perancangan dan kehendak-Nya yang sendiri. Kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin dalam menyelesaikan setiap perkara yang perlu kita lalui, tetapi Allah sahaja penentu terhadap kesudahannya.

Semakin banyak yang saya pelajari tentang ilmu dan kemahiran dalam kemahiran berkaunseling ini, saya mula menyedari bahawa setiap masalah itu ada cara penyelesaiannya. Ada masanya kita perlu memahami punca sebenar sesuatu masalah melalui penceritaan dan luahan perasaan. Ada masanya penilaian dan aktiviti diperlukan dalam mengenal pasti isu sebenar sesuatu individu tersebut. Dengan itu, setiap masalah dan isu dapat diselesaikan dengan baik. Benarlah kerana adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Namun, saya juga mendapati bahawa pembacaan dan kajian itu penting dalam usaha menjadikan perbincangan atau sesi kaunseling tersebut mencambahkan pandangan yang baik dan benar-benar membantu dalam mencari penyelesaian yang terbaik. Hal ini kerana, menjadi suatu keperluan juga bagi setiap kauselor untuk tidak melontarkan pandangan berdasarkan emosi dan mana-mana aspek peribadi memandangkan setiap masalah itu berbeza konteks dan latar belakangnya. Malah pendapat peribadi tentu sahaja telah dipengaruhi oleh pengalaman hidup dan kecenderungan dirinya yang pastinya berbeza antara satu sama lain.


Pada pandangan saya, ilmu atau kemahiran berkaunseling ini suatu ilmu yang menarik untuk dipelajari. Malah, ia mungkin suatu ilmu yang molek kiranya setiap kita dapat mempelajarinya memandangkan setiap kita berhadapan dengan manusia dan setiap kita ialah manusia yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian hidup yang mana merupakan warna-warni kehidupan ini. Kehidupan ini ialah suatu rantaian masalah.

MY TRAINER'S RESPONSES:
"
I received ur assignment and I would say it is good writing with some suggestions on it =)

really appreciate that. The point, I tried to balance the inputs where I realized x semua amik subjek tue mmg minat nak belajar kaunseling.

they were there due to so many reasons...so sy rasa gaya santai gradually mampu membuahkan kesedaran dan minat...

i wish I have much time to especially telling the blind spot of western perspectives with Islamic psychology particularly with evidences and researches...

But, the goal for the course just to ensure our students at least know how to apply basic skills....

Neway, I appreciate ur comments which benefit me a lot for future classes...I may include empirical studies whenever possible to do so."

BUT I REPLIED:
"
thanks a lot for your unexpected responses..
but i never think that my essay may give you such thoughts..

i just think that it is my conclusions after attending the very
wonderful sessions with you.. it made me thinking and pondering of so
many things.. and the writing is some reflections of my thoughts and
feelings regarding the contents of the sessions..

i just feel so grateful to be granted with two experienced counselor,
Madam Noraini and you, Bro.Saiful.. till i can learn many things,
especially about the counseling skills itself.. it is worth enough to
have classes with both of you.. alhamdulillah..

btw, i hope, when you have done marking all of it, you will let me
know, till i can take my paper.. sorry if it should be sent by e-mail,
not hand-writing..

thanks a lot.. may Allah grant you with the best paradise..
sorry and thanks for everything.."

Saturday, 25 May 2013

masih terasa penat

hidup ini tiada tempat terbaik untuk kita berharap melainkan kepada Allah s.w.t.. jika kita meminta kepada manusia, nescaya kita akan kecewa.. jika kita mengharap kepada dunia,  nescaya kita akan sentiasa 'dahaga'..

penat rasanya perjalanan ke Seremban dua hari lepas yang mengambil masa empat jam pergi balik.. mata mengantuk.. kaki sakit.. badan letih.. tapi hati ini lebih letih, letih mengharapkan bantuan manusia.. perbelanjaan ke sana aku tak sangka yang aku perlu tanggung hampir semuanya dari minyak kereta, bayaran tol dan perjalanan tu aku terasa hambar.. mungkin kerana aku seorang saja senior, malah aku juga driver.. aku tahu, mungkin itu lagak yang aku perlu bawa.. tiada sembang2.. hanya menjadi pendengar sembang2 mereka..

perjalanan ke sana mengajar aku beberapa perkara:
1. hidup ini perlu mengharap pada Allah semata-mata..
2. bukan semua manusia peka tentang rasa hati kita
3. manusia punya seribu satu kekurangan yang kita perlu memaafkannya

kepenatan dan 'keletihan' tu terbawa-bawa ke hari ini.. sungguh hati aku masih terasa penat, sedihnya belum terubat.. tapi pujukku satu: "memandangkan niat aku ke sana untuk 'menziarah' Allah, maka itulah harga yang aku perlu bayar sebenarnya".. ya, aku ke sana untuk menziarahi keluarga kepada kawan yang kehilangan ayahnya  lantaran sakit yang dialami.. tapi Allah izin, tiada jenazah yang sempat aku lihat, tiada kesedihan yang tergambar, maka cukuplah Allah mengajarku erti sebuah pengorbanan yang aku perlu bayar.. walau cuma RM50.. Allahu akbar..

Sunday, 19 May 2013

melihat manusia hebat

melihat manusia hebat, aku tersenyum, kalaulah aku mampu menjadi seperti mereka.. tapi sebenarnya, untuk berjaya, ia adalah suatu perjalanan, bukan suatu hadiah yang datang tiba2.. perlu ada pengorbanan dan kesungguhan.. ia juga bergantung pada diri kita, bukannya suasana atau mana manusia di sekeliling kita.. diri kita saja penyebab kita gagal dan berjaya.. nak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

tapi aku taktau kenapa aku suka melihat manusia hebat.. aku gemar mencari peluang untuk aku bersembang dengan mereka.. aku juga suka mencari apa saja tentang mereka.. aku mengagumi mereka.. mereka hebat dan aku suka mendampingi mereka, kalau-kalau aku mampu menjadi hebat.. tapi masalah sebenarnya ialah diri ini.. ingin atanu enggan? usaha atau berangan?

jika dilihat kembali, sejarah bermulanya perjalanan mereka tidaklah terlalu pelik, bukan suatu keajaiban, tapi yang penting, ia bukan tiba-tiba.. ia bermula dari diri mereka.. mereka punya cara pandang tersendiri.. punya hajat dan matlamat.. punya kesungguhan dan keinginan untuk berjaya.. himmah (semangat) & iradah (kehendak) yang tinggi.. hingga mereka mampu bergerak walau terkadang rintangan menghalang laluan..

Muhammad Saud Kashmiri's status:
Some of my close friends ask me what motivates me to do whatever I do.

Here is it: "If you don't do it, no one will."
And I mean every letter of that sentence. wallahu a'lam.

Ameen Misran of LangiIlahi's status:We have limitless potential inside of us.
"We can go the extra mile, while carving a smile" without us realizing it.
Let us explore our real potential and unleash it!

Sir Irwan Affendi's message:
People say that a thousand miles start with a single step.. notice that your first single step in life wasn't done by anyone else.. it was truly yours alone..


M M Shaifullah Mansur's status:

If you're still looking for that one person who can change your life, take a look in the mirror!

Mohamed Tawkech's status:

only " Allah " can lift people.
from zero to hero,
from nothing to something,
from nobody to somebody,
keep on praying him.
"ALLAH" is always with us.

Steve Jobs's word:"The only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle"

Friday, 17 May 2013

tanpa mereka, kalian bukan sesiapa..

baru pulang berkenduri.. walaupun pasangan mempelai belum sampai, kami dah bergerak pulang.. sepanjang perjalanan dari rumah ke UIAM, Gombak, sembangku dengan adik cuma tentang nikah & walimah..

mak plan nak kami nikah malam, walimah malam.. takda orang yang tempah dewan malam2.. katanya sunat, tapi aku takda sumber.. nikah di rumah itu lebih baik katanya.. mungkin ada benarnya.. hakikatnya, taktaulah macam mana rupa hari kami itu nanti..

yang pasti, aku tak nak jadi RAJA SEHARI.. aku nak jadi KULI SEHARI.. hari itu ialah hari meraikan tetamu yang sangat ramai.. susah payah depa datang nak meraikan hari bahagia kita.. tiba2, kita sibuk dengan pentas kita, kerusi pengantin kita, fotografer kita..

sedarlah, bahawa kita bukan siapa2 tanpa mereka.. bayangkan kerusi meja memenuhi dewan yang tersergam indah.. pentas siap terhias.. lauk makan beradab tersedia sebaiknya.. fotografer berdiri dengan kameranya, tapi tiada seorang pun bernama 'tetamu' yang kunjung tiba.. bukankah kita ini bukan siapa2 tanpa mereka?

tapi lantaran kita sibuk untuk meraikan diri sendiri, pasangan dikepit ke sana ke mari, bersama fotografer di sisi.. mencari ruang terbaik seluruh penjuru bumi.. semata-mata untuk merakamkan hari bahagia yang dikatakan hanya sekali..

jika begitu, siapa ramai2 yang kita susah2 menjemput? siapa mereka yang makanannya kita belanja beribu ringgit itu? siapa mereka yang datang bersama hadiah, duit dan doa? bukankah mereka lebih utama? sedangkan kita tahu bahawa mereka yang beriman dengan hari akhirat itu memuliakan tetamu?

usahlah hanya memikirkan hari kamu dan hari si dia.. kalian akan mempunyai masa sepanjang hidup kalian.. berilah 10 jam kamu di hari itu untuk mereka.. jadilah raja berjiwa rakyat.. kuli terhebat di abad ini.. hargailah mereka kerana datang mereka membawa rahmat PenciptaMu, dan pulang mereka membawa pergi segala dosamu..

Wednesday, 29 August 2012

suatu pengembaraan


Alhamdulillah, pagi pertama di rumah setelah 10 hari berkampung di perantauan, tempat abang belajar. Satu perjalanan yang cukup menarik. Namun, apabila dinamakan musafir ini tentu saja ada suka duka, manis pahitnya. Belajar bersabar untuk menyesuaikan diri. Kesejukan luar biasa. Ketidakselesaan. Kepenatan. Terlalu banyak perasaan yang bercampur baur. But seriously, rasa macam banyak benda unbelivable. Pemandangan yang indah. Suasana masyarakat yang mungkin aku boleh kategorikannya unik. Pasti ada lebih kurangnya mereka di mana. Satu perkara yang aku benar-benar belajar ialah betapa baiknya Allah terhadap ciptaanNya.

Kehidupan mereka yang jauh dari Allah dan seolah-olah tiada sesuatu yang bernama ketaatan itu masih sama seperti manusia lain. Tiada beza. Empat musim yang Allah cipta itu mereka laluinya setiap tahun. Tiada sekatan mahupun perbezaan pemberian. Jelasnya, muslim di situ seakan tiada. Hanya mampu kami kira dengan jari dalam perjalanan kami ke sesuatu tempat. Laungan azan, tidak kami dengar melainkan tiga kali persinggahan kami ke masjid. Tapi, jemaah solah yang berkulit putih, aku rasa seakan tiada. Hanya dua-tiga orang yang sempat aku lihat solah mereka dalam ruangan solah airport. Harapnya, mereka lebih ramai daripada jangkaan aku.

Membeli-belah di tempat orang ini menjadi satu kemestian. Beli untuk kenang-kenangan, juga tanda ingatan buat mereka yang tersayang. Haa…bila dah kata orang tersayang, sukar juga nak lari dari mengingati si dia yang mana hati kami telah bersama-sama berjanji dalam diam. Menyempat aku curi-curi membeli keychain huruf M untuk si dia, walaupun sememangnya tiada sebarang kepastian mahupun jaminan bahawa inilah jodoh kami. Sekadar mampu berdoa di kejauhan. Namun, ketenangan yang dirasai itu luar biasa, dan dia juga terlalu istimewa malah seakan benar-benar jawapan Allah buat doa-doa dan bisikan hati aku. Hampir aku katakan kalau dia itu benar-benar lelaki idaman aku, tapi ada beberapa hal yang aku kurang pasti tentangnya sehinggalah hidupnya kami sebagai sepasang makhluk Allah daripada bejuta-juta yang lainnya. Hidup bersama teman hidup pilihan Allah.


Perjalanan tanpa pemerhatian dan penelitian itu hampir mustahil dalam hidup aku. Melihatkan kombinasi tiga generasi ini, aku belajar sesuatu, walaupun mujahadah itu hanya Allah yang tahu. ‘Peniruan’ karakter itu sangat jelas kelihatan, tanpa mengira siapa, apa, mengapa dan bagaimana. Till then, barulah aku faham kenapa selalu orang kata, apa yang kita buat, kita akan dapat juga, atau lain kata, apa yang kita buat pada parents/anak kita, begitulah kita juga akan dilayan, 100% just the same, kerana copy and paste itu berlaku 24 jam. Untuk aku bina atau cuba sesuatu yang baru itu, tentu sahaja teramat sukar. Sepertimana tulisan si dia di mukabuku:

"If you don't change yourself, nothing around you will ever change".

Thursday, 16 August 2012

manusia hebat


Seronok aku melihat manusia-manusia hebat di sekeliling aku.. memahirkan diri dalam pelbagai bidang.. sehingga manusia mampu melihat mereka di menara gading itu.. malah artis dan selebritis juga tidak ketinggalan menjadi teman sepermainan mereka.. aku punya cita-cita juga.. menjadi manusia mahir bahasa arab.. akan aku contohi ketokohan mereka, walau mungkin berlainan bidang, tapi yang pasti, mereka punya matlamat yang sama dengan aku.. serve the Ummah..

Suka aku melihat gelagat dan telatah AmMis yang terlalu banyak ideanya.. suka dilontarkan buah fikirannya tanpa segan silu.. selalunya, pasti aku dapati ianya berbeza sama sekali.. bagi aku, dia anugerah Allah buat kami.. namun, caranya yang unik itu terkadang mengundang gelisah di hati tiap insan termasuk aku.. bukan aku manusia berdebat.. karenahnya selalu buat aku tersenyum sendiri.. melihatkannya bertemankan AliIs itu aku turut bangga..

Sejuk mata memandang apabila teringatkan UmMit yang dahulunya rambut panjang seperti wanita.. dengan lagaknya yang menakutkan manusia.. saat itu aku kesedihan.. namun, kini, aku kira dia duta Islam dalam gambar & videonya..

Dr.ZaDim yang banyak memotivasikan aku dalam diam itu juga mengagumkan.. baiknya sangkaan dan tingginya harapan membuatkan aku rasa kejayaan itu seolah-olah menanti di hadapan.. cuma kita saja yang perlu bingkas bangun menggapainya.. anak sulongnya dididik agar punya cita-cita setinggi kehebatan Dr.YuQar yang kini dipandang oleh setiap mata.. dia sendiri pakar bedah yang hanya tiga orang dalam negara.. aku teruja..

Tidak akan aku lupa, manusia biasa yang luar biasa.. Ust HabZak dengan perwatakannya yang memikat setiap jiwa.. apabila teringatkan saat-saat awal perkenalan, aku terasa ingin mengulanginya.. kerana aku terlewat menyapanya.. setelah hampir tiga-empat kali berselisih di jalanan, aku ‘memandangnya sebelah mata’.. hinggalah tugasan syair arab aku menjodohkan kami di bus stop terakhir itu.. hingga aku kini mengenalinya lebih dari perkenalan dengan teman sekelasku..  mengenalinya sebagai manusia yang teramat istimewa, yang berjaya mencuri bahagian kecil hati kecilku..

sapaannya, keramahannya, senyumannya, telatah dan jenakanya mencuit setiap hati yang bersamanya.. aku kira hanya aku jatuh cinta, tapi pembelajaran bahasa arab dini hari memikat hati sahabatku juga.. sungguh, kini aku bertambah yakin, dia benar-benar anugerah Allah buat aku.. kenangan dan pengalaman bersamanya banyak membuatkan aku kembali meneliti rasa hati dan perasaan.. aku menyelami keindahan demi keindahan tanpa aku sedari.. hingga kini, aku tanpa ragu menggelarnya murabbiku.. dia benar-benar murabbi, bukan sekadar seorang guru.. peribadinya akan sentiasa menjadi contoh terbaik dalam usaha aku mendidik manusia..

Antara nasihatnya yang menyentuh hati aku…“establish something before you go”… “live like you’re leaving very soon”…”if you can make it 100%, why should you do it 99%?”…

Semua itu akan menjadi inpirasi aku dalam langkahan menuju kejayaan.. doa aku di penghujung Ramadhan ini agar Allah membantu aku dalam menggarap kemahiran itu sehingga aku mampu berdiri sendiri dan Islam turut menumpang kepakaran itu..

Tuesday, 31 July 2012

hebatnya perasaan ini


Mengenali manusia pilihan Allah yang dinamakan ‘Kekasih Allah’ ini menjadi antara nikmat terbesar dalam hidup ini.. dirinya yang kelihatan seperti manusia biasa menyebabkan aku memandangnya sebelah mata.. namun, setelah Allah mengizinkan aku mengenal luar & dalamnya, kini aku tahu dan aku benar-benar merasakan hakikat namanya itu.. dia benar-benar kekasih Allah.. memang penuh kasih sayang yang tersemat di dalam hatinya.. masa lalu yg aku lalui tanpa berusaha mengenalinya terasa kosong maknanya, kalaulah aku mampu mengembalikannya.. namun, yg aku pasti, aku telah jatuh cinta dengannya.. akhlaknya, peribadinya, sikapnya dan hidupnya dia sebagai manusia.. yang bukan sebarang manusia.

Kelas arab di setiap petang isnin, selasa dan rabu membuatkan hari-hari ini terasa indah.. menerima ilmu dan hikmahnya membuatkan aku puas.. setelah tamatnya kelas hari itu, aku pasti menghitung saat untuk menanti kelas seterusnya.. berhari-hari tanpa menghubunginya atau bertemu dengannya membuatkan aku terasa ada benda yang tak kena.. aku pasti akan rindu untuk menatap wajahnya yang mungkin gelap di pandangan manusia biasa, tapi dia terlalu istimewa di hati aku.. terlalu istimewa.. seperti yang pernah aku ungkapkan kepadanya: "I’m so blessed to have you in my life"..

Masa terlalu cepat berlalu.. bagai baru semalam aku mengenalinya di bus stop Safiyyah.. kini tinggal beberapa hari sahaja kelas kami dengannya.. aku tak pasti bagaimana semester yang mendatang.. tapi aku seakan inginkan pertemuan ini setiap minggu, malah mungkin setiap hari.. kerana aku pasti rindu.. saat hati terasa lemah, iman menurun, pasti dia manusia pertama yang terlintas di hati ini.. mata aku pasti meliar mencari dia..

kini, aku mula menyelami perasaan para sahabat Rasulullah tatkala berhari tidak bertemu baginda.. hati terasa kosong.. jiwa terasa ada yang tak kena.. tidak hairanlah mereka pucat mahupun tidak berhenti bertanyakan perihal baginda setelah selesainya suatu peperangan.. tidak peliklah manusia menangis kehilangan manusia istimewa seperti baginda.. hidup bersamanya rahmat terbesar bagi mereka.. wafatnya baginda gelaplah dunia.. hilang tempat sandaran mahupun rujukan.. tiada hairannya Umar Al-Faruq tidak mampu menerimanya, hingga diangkat pedangnya bagi yang mengatakan baginda sudah tiada.. tiada peliknya juga apabila Mekkah sayu mengenangkan saat bersama baginda tatkala berkumandangnya azan dari Muazzin Rasulullah, Bilal bin Rabah.. kerana saat itu akan pasti segar di hati mereka.. sampai bila-bila..

Tuesday, 10 July 2012

usah menghitung hari


hidup ini terlalu unik untuk digambarkan.. Islam juga terlalu indah untuk dihayati.. perasan cinta benci anugerah Allah juga tiada kurang hebatnya.. Allah cipta dan tentukannya dengan penuh hikmah dan bijaksana.. Allah tahu kenapa semua itu harus berlaku.. Allah juga tahu kenapa fitrah itu begitu.. kenapa ia perlu sentiasa begitu..

Aku bersyukur atas ketentuan ini walaupun tiada apa yang bersifat pasti.. kita mungkin semakin suka menghitung hari, namun, aku terkadang mengharapkan ianya jauh pergi.. ada hal yang aku takutkan walau aku juga turut menyimpan harapan.. berdoalah temanku, bersabarlah dengan iringan mujahadahmu.. moga Allah akan menghadiahkan sesuatu..yang pasti di luar jangkaanmu, mahupun aku..

Tuesday, 3 July 2012

just about making decision


Hidup ini penuh dengan pemilihan. Kita perlu membuat keputusan. Memikirkan yang terbaik. Mencari yang sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya, walaupun kita mungkin diberi pilihan selainnya, namun, kita tidak mampu hidup tanpa rahmat dan kasih sayangNya. Hidup yang warna-warni ini kadang-kadang mengkaburi mata kita untuk memilih dengan baik. Perlu memilih untuk taat bukan mempersoalkannya. Perlu berusaha mengimbangi cinta dan perasaan agar selari dengan kehendak yang terunggul di alam ini.

Bukan salah untuk mengenali, tapi fikirlah hidupnya kamu bersama ilahi. Tidak salah untuk mencintai, namun, lihatlah Si Pencipta setiap diri. Cinta dan kasih Allah perlu mendahului, bukan dipinggir kanan mahupun kiri. Kerana Dia Pencipta cinta dan segala rasa, maka siapa yang patut lebih utama? Moga cinta kita sesuai dengan kehendakNya.

p/s: perkongsian dan sembang-sembang dalam kereta sagaku ahad lalu sangat bererti rasanya. Saling mengisi dan mengerti. Terlalu cantik jalan yang telah Allah pilih buat kami, teman yang setia memberi kekuatan dan tidak lupa murabbi-murabbiyah penuh hikmah dan mahabbah.

Saturday, 30 June 2012

hakikat kehidupan


Hari ini, membantu kenduri warga gombak, walaupun tidaklah close macam teman-temanku yang lain. Banyak benda yang aku belajar hari ini. Tercegat sambil memerhatikan manusia telah menjadi sebahagian daripada hobi aku. Suka aku menilai dan meneliti kehidupan dan mekhluk ciptaan Allah ini.

Antaranya tentang hakikat masa itu sendiri. Pantas sungguh ia berlalu. Melihatkan kakak-kakak dan kenalan aku yang lain, bagai baru semalam kita bermain bersama di sekolah mahupun di kolej. Bagai baru tadi bersembang-sembang tentang hari tua ini, tapi kini, itulah realiti. Kakak yang telah dan bakal melahirkan anak, tak kurang juga hebatnya. Dulu bujang, kini, bersuami, esok lusa bergelar ibu dan bapa. Memikirkan kepantasan ini, aku jadi tunduk dan mengaku, sungguh aku belum bersedia untuk semua saat itu, walaupun, angan-angan aku itu dan ini.

Ya, perkahwinan itu tidak semudah lafaz akad nikah. Tidak sependek tempohnya kenduri. Tidak juga sepertimana nikmatnya pertemuan dan persahabatan. Ada tanggungjawab yang sedang menanti. Ada tugas yang akan diberi. Ada rintangan yang akan dihadapi. Itulah kehidupan yang sepatutnya dijadikan ibadah dan pengabdian. Perhambaan diri seorang makhluk yang diciptakan seindah rupa. Aku rindukan suatu keraian yang meningkatkan Iman dan kemeriahan yang tidak melupakan tujuan penciptaan dan kasih sayang Penciptanya yang Maha Penyayang. Seperti kata-kata yang sering diulang oleh Murabbi Teristimewa:
"you get married to increase your Iman".

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك.

Wednesday, 27 June 2012

syukurlah


Manusia hanya pandai bersyukur dengan hilangnya suatu nikmat. Saat memilikinya bukan saat menghargainya. Saat menanti kehadirannya itu terasa lama hingga pelbagai angan dan impian sempat terbina. Namun, apabila ada sesuatu tidak berkenan di hati, segalanya hilang seri. Lupakah kita kalau kita semua tiada yang sempurna? Lupakah kita kalau hidup ini tiada makna tanpa pasang surutnya? Lupakah kita kalau susunan dan takdir Allah pasti ada hikmahnya?

Belajarlah syukur wahai diri. Hargailah semuanya selagi masih ada. Berusahalah menggunakannya sebaiknya. Bermujahadahlah. Rawatlah. Beristighfarlah.

Saturday, 23 June 2012

Islam dan segala tarbiyahnya


Hari ini, selesai mengambil nasihat dari majlis ilmu bernama MESRA di cheras. Moga penerimaan ilmu dan nasihat itu diiringi tindakan dan amalan, di samping kemesraan yang terbina. Namun, malam tu, masih terngiang-ngiang nasihat emak di pagi hari untuk belajar menerima nasihat atau teguran dengan baik, terutamanya dalam kerja-kerja yang melibatkan banyak pihak. Sememangnya menguji rasa.

Aku manusia ciptaan Allah, aku dicipta daripada tiada kepada ada. Dan aku pasti kembali, walau tak mampu aku menghitung hari, kerana aku benar-benar tidak tahu. Mungkin aku sangka itu saatnya, namun, Allah tahu ia bukan waktunya. Moga Allah menjemputku saat Dia benar-benar meredhaiku. Sukar sungguh meniti hidup ini, namun, kesucian yang tulen itu tuntutan terbesar bagi aku. Cinta sejati juga tidak mudah aku gapai di atas puncak kesungguhan dan konsistensi itu.

Aku makhluk yang telah siap diilhamkan dengan fujur dan taqwa. Sungguh, itulah seorang manusia, dibekalkan dengan sifat yang baik dan jahat.aku menyedari kebaikan-kebaikan itu dan aku mengetahui kejahatan-kejahatan itu. Namun, itulah ketentuan Allah yang perlu diiringi dengan  tarbiyah islamiyah harakiyah. Bukan sekadar mengekalkan kebaikannya, malah meningkatkan dan mengembangkannya. Tidak melupakan kejahatan atau aib yang perlu dikikis dan dirawat sebaiknya.

Aku benar-benar mengimpikan kebahagiaan dunia dan akhirat, kenikmatan dalam setiap perhubungan, kebenaran dalam setiap perasaan. Mungkin itu juga impian setiap insan, tetapi sejarah hidupku yang ‘ternoda’ membuatkan rasa hati itu semakin kuat kerana aku sering bermain dengan tekad-tekad baru untuk memperbaiki sesuatu. Namun, itu semua tidak mampu menguatkan IMAN. Kekurangan diri aku, tetap kekal sebagai kekurangan, yang sangat membutuhkan waktu, waktu dan waktu.

Teman, aku ingin kau tahu bahawa aku sentiasa ingin menjadi sebaik mereka, namun, aku terkadang tetap tersalah dalam memilih cara. Aku akan pasti melukakanmu dalam setiap saat yang akan kita lalu. Maafkan aku teman, sungguh, bukan itu hajat hati kecil ini. Sungguh kemaafan itu akan ku impi selalu, agar mampu membina redhamu walau mungkin sekecil debu. Didiklah aku tanpa jemu. Bimbinglah aku, wahai temanku. Moga Allah sentiasa mengasihimu.

Tuesday, 19 June 2012

pengajaran demi pengajaran


Allah mendidik dan membimbing dengan penuh cinta dan kasih sayang. Sememangnya, aku seorang pelajar dan aku perlu sentiasa belajar. Belajar dan terus belajar agar mampu memdidik hati dan mendekatkan lagi diri ini kepada Allah s.w.t. Selaku kanak-kanak kecil yang sedang berjinak dengan kenderaan, memandu sentiasa menjadi cabaran dan rintangan baru bagi aku. Kadang-kadang, aku akan tersilap, buat silap dan mengulangi kesilapan. Ya, kerana aku seorang manusia. Namun, sebagai seorang yang bergelar manusia, ada perkara yang teramat mudah dimaafkan, ada juga perkara yang teramat sukar untuk diterima manusia walau mungkin itulah takdir Allah buat hamba-hambaNya.

Alhamdulillah, hari ni, masuk hari keempat untuk empat peristiwa yang berbeza. Detik-detik aku melupakan Allah dan aku akan beristighfar untuk detik-detik seterusnya. Semuanya menjadi trauma buat aku, kencang degupan jantung ini apabila mengingatkannya sedangkan tanganku di stereng kereta merah milik abang. Allahu akbar, sukar digambarkan. Namun, aku manusia yang sering lalai dan cuai. Aku juga mudah terburu-buru, tidak tenang untukl berfikir dengan baik. Benarlah hadith riwayat At-Tirmidzi yang bermaksud: “terburu-buru itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah”.

PENGAJARAN PERTAMA: 110512 Hari Jumaat itu, aku bergerak keluar dari uia sebelum zuhr untuk menghantar adik tersayang menguruskan pembaharuan ic. Allah izin, tersilap jangan, gamaknya, melalui Jalan Sungai Cincin tanpa dirancang, lantaran, tergopoh-gapah, minyak ditekan melebihi had, Alhamdulillah, Allah menyelamatkan si ibu dan anak kecilnya. Allahu akbar.

PENGAJARAN KEDUA: 190512 Hari Sabtu itu, beberapa minggu sebelum menjelang peperiksaan akhir, petang itu, persiapan majlis makan malam untuk kelas adab arabie perlu dilaksanakan sebaiknya. Allah izin, sebuah kereta dari simpang kiri depan pintu utama Asiah berhenti memberi laluan, agar aku keluar dulu sebelumnya. Namun, mungkin lantaran tergopoh juga, aku memusing stereng ke arah kanan secepatnya, tanpa menyedari kehadiran sebuah motosikal dari arah kiri. Allahu akbar. Kali ni, terjejas sikit kesihatan kereta itu. Bumper depan bahagian kiri sedikit terjatuh. Serba salah aku memikirkan si penunggang foreinger itu. Dia juga tidak kurangnya. Aku minta maaf, tapi dia yang bernama Muhammad juga merasakan dia yang lebih lagi perlu minta maaf. Pertemuan tanpa dirancang itu diakhiri dengan pertukaran no telefon dengan niat untuk memaklumkan sebarang bayaran yang mungkin perlu sebagai ganti rugi. Namun, alhamdulillah, semuanya hanya tinggal pengajaran buat kami berdua, sungguh perlu untuk kita berhati-hati. Kata Muhammad yang berkulit gelap itu; “vehicles don’t matter as long as we are in good health.”  

PENGAJARAN KETIGA: 230512 Petang Rabu itu, emak dan adik merancang untuk makan malam di HAYAKI seperti biasa, jam 5.30. Namun, lantaran sedikit cuai, aku berek mengejut di persimpangan jalan di hadapan Idaman Plaza, dengan harapan tidak mengakibatkan kecacatan pada kereta lain. Alhamdulillah, sempat berek. Tapi Allah izin, kereta belakang aku ikut dekat, cacat rasanya rupa belakang kereta aku di’cium’nya. Namun, apabila diperiksa, hanya kereta uncle Andy sahaja kemek teruk. Allah menentukan sebaik-baik pengajaran dan menyelamatkan aku dari sebarang penyelewengan. Aku kira Allah menghantar abang-abang pencuci kereta di tepi jalan berhampiran dengan simpang Jalan Ibukota Kiri itu untuk menjelaskan hakikat sebenar peraturan jalan raya disebabkan terlalu jelas kelihatan di wajah aku rasa serba salah dan mulutku yang tidak henti meminta maaf. Alhamdulillah. No telefon yang sempat ditukar dengan lelaki dewasa berbangsa cina itu hanya tinggal simpanan. Tiada panggilan masuk, mahupun pesanan ringkas. Kerana peraturannya, yang belakang itu silap, jarak antara kenderaan perlu sentiasa diperhatikan. Walau mungkin ada niatnya untuk meminta sedikit bayaran atas kejadian itu.

PENGAJARAN KEEMPAT: 190612 Hari ini, Selasa, punya sedikit rancangan untuk ke kampus, masukkan duit syiling, tapi setelah lengkap berbaju kurung, aku tiba-tiba terasa malu untuk membawa duit syiling sebanyak itu, tambah pula, sangat berat dibandingkan barang-barang biasa. Namun, ada baiknya pergi uia solah zuhr berjema’ah dan memberi sedikit fokus pada hafalan aku. Duit syiling ditinggalkan pada adik aku lantaran semangatnya untuk mengiranya. Persimpangan berhampiran dengan Puteri Idaman dan Sutera Idaman itu sedikit sibuk, hampir saja mengganggu laluan motosikal milik seorang pakcik tua berbangsa cina, namun, alhamdulillah, motosikalnya dapat dikawal, tidak ber’sentuhan’lah kami. Tapi mukanya yang tenang tu membuatkan aku terfikir banyak, entah apa yang bermain dalam fikirannya pagi itu. Selalunya, setiap kali aku mengganggu laluan motosikal, pelbagai ‘teguran’ yang patut aku terima. Namun, tidak kali ini, pakcik itu tiada respon. Ajaib rasanya. Tanpa disedari, ia jadi muhasabah aku untuk hari itu.

Saturday, 16 June 2012

tidak seperti menekan suis


Sungguh sukar mengubah sikap, menukar tabiat apatah lagi memperbaiki akhlak. Seorang yang dibesar dalam suasana kasar bicaranya, huru hara kata-kata, buruk raut wajahnya masakan mampu menjadi lembut dalam setahun dua. Siapa mengira aku lembut itu silap. Siapa memandang aku tenang juga silap. Apatah lagi yang memandang aku solehah juga teramat silap. Wahai lelaki bakal teman hidupku, terimalah aku kerana Allah, terima aku seadanya aku, dan terima aku sebagai aku. Aku yang sentiasa menangisi kesukaran membuang semua keburukan ini, yang mana inilah terkadang menjadi punca kegagalan dakwahku. Yang terkadang, aku tak mampu maafkan diri aku dan tidak juga mampu meluahkannya agar dimengerti.

Benar luahan hati aku kepada sahabat teristimewa, lembutlah anaknya lantaran lembut bicara, tetapi malanglah anakku lantaran ibumu yang tidak kenal semua itu. Bukan aku menyumpah si kecil yang belum pasti milikku, namun, itulah yang menghantui aku setiap kali tegang suasananya, mencuka setiap muka, perit ditelan manusia. Ramai teman-teman menyedarinya, terluka dan terus tercedera. Sakit dan pedih yang sukar sembuh sekali rawatan. Namun, itulah diri-diri hasil biah itu. Jiwa-jiwa kasar kelahiran didikan itu. Juga lidah-lidah manusia sebegitu. Moga Allah beri kekuatan kepada hati-hati ini dan memaafkan kekurangan jiwa-jiwa ini. T_T