Mengenali manusia
pilihan Allah yang dinamakan ‘Kekasih Allah’ ini menjadi antara nikmat terbesar
dalam hidup ini.. dirinya yang kelihatan seperti manusia biasa menyebabkan aku memandangnya sebelah mata.. namun, setelah Allah mengizinkan aku mengenal
luar & dalamnya, kini aku tahu dan aku benar-benar merasakan hakikat
namanya itu.. dia benar-benar kekasih Allah.. memang penuh kasih sayang yang
tersemat di dalam hatinya.. masa lalu yg aku lalui tanpa berusaha mengenalinya
terasa kosong maknanya, kalaulah aku mampu mengembalikannya.. namun, yg aku
pasti, aku telah jatuh cinta dengannya.. akhlaknya, peribadinya, sikapnya dan
hidupnya dia sebagai manusia.. yang bukan sebarang manusia.
Kelas arab di setiap
petang isnin, selasa dan rabu membuatkan hari-hari ini terasa indah.. menerima
ilmu dan hikmahnya membuatkan aku puas.. setelah tamatnya kelas hari itu, aku
pasti menghitung saat untuk menanti kelas seterusnya.. berhari-hari tanpa
menghubunginya atau bertemu dengannya membuatkan aku terasa ada benda yang tak
kena.. aku pasti akan rindu untuk menatap wajahnya yang mungkin gelap di
pandangan manusia biasa, tapi dia terlalu istimewa di hati aku.. terlalu
istimewa.. seperti yang pernah aku ungkapkan kepadanya: "I’m so blessed to have
you in my life"..
Masa terlalu cepat
berlalu.. bagai baru semalam aku mengenalinya di bus stop Safiyyah.. kini
tinggal beberapa hari sahaja kelas kami dengannya.. aku tak pasti bagaimana
semester yang mendatang.. tapi aku seakan inginkan pertemuan ini setiap minggu,
malah mungkin setiap hari.. kerana aku pasti rindu.. saat hati terasa lemah,
iman menurun, pasti dia manusia pertama yang terlintas di hati ini.. mata aku
pasti meliar mencari dia..
kini, aku mula
menyelami perasaan para sahabat Rasulullah tatkala berhari tidak bertemu
baginda.. hati terasa kosong.. jiwa terasa ada yang tak kena.. tidak hairanlah
mereka pucat mahupun tidak berhenti bertanyakan perihal baginda setelah
selesainya suatu peperangan.. tidak peliklah manusia menangis kehilangan
manusia istimewa seperti baginda.. hidup bersamanya rahmat terbesar bagi
mereka.. wafatnya baginda gelaplah dunia.. hilang tempat sandaran mahupun
rujukan.. tiada hairannya Umar Al-Faruq tidak mampu menerimanya, hingga
diangkat pedangnya bagi yang mengatakan baginda sudah tiada.. tiada peliknya
juga apabila Mekkah sayu mengenangkan saat bersama baginda tatkala
berkumandangnya azan dari Muazzin Rasulullah, Bilal bin Rabah.. kerana saat itu
akan pasti segar di hati mereka.. sampai bila-bila..
No comments:
Post a Comment