Hidup ini penuh
dengan pemilihan. Kita perlu membuat keputusan. Memikirkan yang terbaik.
Mencari yang sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya, walaupun kita mungkin
diberi pilihan selainnya, namun, kita tidak mampu hidup tanpa rahmat dan kasih
sayangNya. Hidup yang warna-warni ini kadang-kadang mengkaburi mata kita untuk
memilih dengan baik. Perlu memilih untuk taat bukan mempersoalkannya. Perlu
berusaha mengimbangi cinta dan perasaan agar selari dengan kehendak yang
terunggul di alam ini.
Bukan salah untuk
mengenali, tapi fikirlah hidupnya kamu bersama ilahi. Tidak salah untuk
mencintai, namun, lihatlah Si Pencipta setiap diri. Cinta dan kasih Allah perlu
mendahului, bukan dipinggir kanan mahupun kiri. Kerana Dia Pencipta cinta dan
segala rasa, maka siapa yang patut lebih utama? Moga cinta kita sesuai dengan
kehendakNya.
p/s: perkongsian dan
sembang-sembang dalam kereta sagaku ahad lalu sangat bererti rasanya. Saling
mengisi dan mengerti. Terlalu cantik jalan yang telah Allah pilih buat kami, teman
yang setia memberi kekuatan dan tidak lupa murabbi-murabbiyah penuh hikmah dan
mahabbah.
No comments:
Post a Comment