Saturday, 25 May 2013

masih terasa penat

hidup ini tiada tempat terbaik untuk kita berharap melainkan kepada Allah s.w.t.. jika kita meminta kepada manusia, nescaya kita akan kecewa.. jika kita mengharap kepada dunia,  nescaya kita akan sentiasa 'dahaga'..

penat rasanya perjalanan ke Seremban dua hari lepas yang mengambil masa empat jam pergi balik.. mata mengantuk.. kaki sakit.. badan letih.. tapi hati ini lebih letih, letih mengharapkan bantuan manusia.. perbelanjaan ke sana aku tak sangka yang aku perlu tanggung hampir semuanya dari minyak kereta, bayaran tol dan perjalanan tu aku terasa hambar.. mungkin kerana aku seorang saja senior, malah aku juga driver.. aku tahu, mungkin itu lagak yang aku perlu bawa.. tiada sembang2.. hanya menjadi pendengar sembang2 mereka..

perjalanan ke sana mengajar aku beberapa perkara:
1. hidup ini perlu mengharap pada Allah semata-mata..
2. bukan semua manusia peka tentang rasa hati kita
3. manusia punya seribu satu kekurangan yang kita perlu memaafkannya

kepenatan dan 'keletihan' tu terbawa-bawa ke hari ini.. sungguh hati aku masih terasa penat, sedihnya belum terubat.. tapi pujukku satu: "memandangkan niat aku ke sana untuk 'menziarah' Allah, maka itulah harga yang aku perlu bayar sebenarnya".. ya, aku ke sana untuk menziarahi keluarga kepada kawan yang kehilangan ayahnya  lantaran sakit yang dialami.. tapi Allah izin, tiada jenazah yang sempat aku lihat, tiada kesedihan yang tergambar, maka cukuplah Allah mengajarku erti sebuah pengorbanan yang aku perlu bayar.. walau cuma RM50.. Allahu akbar..

2 comments:

ease said...

It was dawn. It was early morning. It was dusk. It was midnight.
The air was getting colder and colder. So do my heart. I couldn't afford to feel any warm.

Sigh. Exhausted.

Then..my lil heart keeps shouting, after all nikmah that gave us Allah, and then we STOP. Just like that.

Silent

Then, by Allah’s will, someone touch my heart with this;

Kerja-kerja menegakkan Deen Allah adalah menolong Allah.
“Menolong agama Allah perlu kepada keikhlasan dan kecintaan kepada Allah lebih dari segala-galanya.
Kadang2 kita membantu tetapi tak dapat pertolongan Allah sepertimana dalam surah Muhammad, ayat 7
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.)
Maka kita kena check keikhlasan.. Adakah menolong Allah atau menolong diri sendiri?
Keikhlasan sangat perlu diambil perhatian kerana kita nak dapat keredhoan Allah,
sepertimana kisah Nabi Musa yang dikejar musuh hingga sampai ke penghujung, maka datang pertolongan Allah dengan terbelahnya laut.

Kedua,adakah Allah lebih kita cintai daripada diri kita? Tidak boleh melawan fitnah atau penipuan musuh dengan melakukan penipuan juga,
kerana ini adalah berlawanan dengan matlamat Allah.
Syarat jihad adalah seorang itu mesti meletakkan matlamat jihadnya utk meninggikan kalimah Allah.
Maka demikian jugalah syarat untuk mendapat pertolongan Allah. Mesti meletakkan matlamat utk meninggikan kalimah Allah...”

Silent

Tears in eyes

The moment the bad feeling start to filling my heart, I will STOP and start to ponder myself with all the nikmah that Allah continually give us.

The moment at Taman Syuraga petang selasa..
The moment during KMK and Pewaris..
The moment on musolla and lobi..
….All this moment keeps me going!

Silent

Hugs >.<

nur3izz said...

Jazakillahu khairan, my dearest sahabat..

rindu perkongsian anti..
moga Allah kekalkan kita di atas jalan ni.. doakan ana kuat..