Friday, 17 May 2013

tanpa mereka, kalian bukan sesiapa..

baru pulang berkenduri.. walaupun pasangan mempelai belum sampai, kami dah bergerak pulang.. sepanjang perjalanan dari rumah ke UIAM, Gombak, sembangku dengan adik cuma tentang nikah & walimah..

mak plan nak kami nikah malam, walimah malam.. takda orang yang tempah dewan malam2.. katanya sunat, tapi aku takda sumber.. nikah di rumah itu lebih baik katanya.. mungkin ada benarnya.. hakikatnya, taktaulah macam mana rupa hari kami itu nanti..

yang pasti, aku tak nak jadi RAJA SEHARI.. aku nak jadi KULI SEHARI.. hari itu ialah hari meraikan tetamu yang sangat ramai.. susah payah depa datang nak meraikan hari bahagia kita.. tiba2, kita sibuk dengan pentas kita, kerusi pengantin kita, fotografer kita..

sedarlah, bahawa kita bukan siapa2 tanpa mereka.. bayangkan kerusi meja memenuhi dewan yang tersergam indah.. pentas siap terhias.. lauk makan beradab tersedia sebaiknya.. fotografer berdiri dengan kameranya, tapi tiada seorang pun bernama 'tetamu' yang kunjung tiba.. bukankah kita ini bukan siapa2 tanpa mereka?

tapi lantaran kita sibuk untuk meraikan diri sendiri, pasangan dikepit ke sana ke mari, bersama fotografer di sisi.. mencari ruang terbaik seluruh penjuru bumi.. semata-mata untuk merakamkan hari bahagia yang dikatakan hanya sekali..

jika begitu, siapa ramai2 yang kita susah2 menjemput? siapa mereka yang makanannya kita belanja beribu ringgit itu? siapa mereka yang datang bersama hadiah, duit dan doa? bukankah mereka lebih utama? sedangkan kita tahu bahawa mereka yang beriman dengan hari akhirat itu memuliakan tetamu?

usahlah hanya memikirkan hari kamu dan hari si dia.. kalian akan mempunyai masa sepanjang hidup kalian.. berilah 10 jam kamu di hari itu untuk mereka.. jadilah raja berjiwa rakyat.. kuli terhebat di abad ini.. hargailah mereka kerana datang mereka membawa rahmat PenciptaMu, dan pulang mereka membawa pergi segala dosamu..

No comments: