Alhamdulillah, pagi
pertama di rumah setelah 10 hari berkampung di perantauan, tempat abang
belajar. Satu perjalanan yang cukup menarik. Namun, apabila dinamakan musafir
ini tentu saja ada suka duka, manis pahitnya. Belajar bersabar untuk
menyesuaikan diri. Kesejukan luar biasa. Ketidakselesaan. Kepenatan. Terlalu banyak
perasaan yang bercampur baur. But seriously, rasa macam banyak benda
unbelivable. Pemandangan yang indah. Suasana masyarakat yang mungkin aku boleh
kategorikannya unik. Pasti ada lebih kurangnya mereka di mana. Satu perkara
yang aku benar-benar belajar ialah betapa baiknya Allah terhadap ciptaanNya.
Kehidupan mereka
yang jauh dari Allah dan seolah-olah tiada sesuatu yang bernama ketaatan itu
masih sama seperti manusia lain. Tiada beza. Empat musim yang Allah cipta itu
mereka laluinya setiap tahun. Tiada sekatan mahupun perbezaan pemberian. Jelasnya,
muslim di situ seakan tiada. Hanya mampu kami kira dengan jari dalam perjalanan
kami ke sesuatu tempat. Laungan azan, tidak kami dengar melainkan tiga kali
persinggahan kami ke masjid. Tapi, jemaah solah yang berkulit putih, aku rasa
seakan tiada. Hanya dua-tiga orang yang sempat aku lihat solah mereka dalam
ruangan solah airport. Harapnya, mereka lebih ramai daripada jangkaan aku.
Membeli-belah di
tempat orang ini menjadi satu kemestian. Beli untuk kenang-kenangan, juga tanda
ingatan buat mereka yang tersayang. Haa…bila dah kata orang tersayang, sukar
juga nak lari dari mengingati si dia yang mana hati kami telah bersama-sama
berjanji dalam diam. Menyempat aku curi-curi membeli keychain huruf M untuk si
dia, walaupun sememangnya tiada sebarang kepastian mahupun jaminan bahawa
inilah jodoh kami. Sekadar mampu berdoa di kejauhan. Namun, ketenangan yang dirasai
itu luar biasa, dan dia juga terlalu istimewa malah seakan benar-benar jawapan
Allah buat doa-doa dan bisikan hati aku. Hampir aku katakan kalau dia itu
benar-benar lelaki idaman aku, tapi ada beberapa hal yang aku kurang pasti
tentangnya sehinggalah hidupnya kami sebagai sepasang makhluk Allah daripada
bejuta-juta yang lainnya. Hidup bersama teman hidup pilihan Allah.
Perjalanan tanpa
pemerhatian dan penelitian itu hampir mustahil dalam hidup aku. Melihatkan kombinasi
tiga generasi ini, aku belajar sesuatu, walaupun mujahadah itu hanya Allah yang
tahu. ‘Peniruan’ karakter itu sangat jelas kelihatan, tanpa mengira siapa, apa,
mengapa dan bagaimana. Till then, barulah aku faham kenapa selalu orang kata,
apa yang kita buat, kita akan dapat juga, atau lain kata, apa yang kita buat
pada parents/anak kita, begitulah kita juga akan dilayan, 100% just the same,
kerana copy and paste itu berlaku 24 jam. Untuk aku bina atau
cuba sesuatu yang baru itu, tentu sahaja teramat sukar. Sepertimana tulisan si
dia di mukabuku:
"If you don't change yourself, nothing around you will ever change".
No comments:
Post a Comment