Allah mendidik dan membimbing dengan penuh cinta dan kasih
sayang. Sememangnya, aku seorang pelajar dan aku perlu sentiasa belajar.
Belajar dan terus belajar agar mampu memdidik hati dan mendekatkan lagi diri
ini kepada Allah s.w.t. Selaku kanak-kanak kecil yang sedang berjinak dengan
kenderaan, memandu sentiasa menjadi cabaran dan rintangan baru bagi aku.
Kadang-kadang, aku akan tersilap, buat silap dan mengulangi kesilapan. Ya, kerana
aku seorang manusia. Namun, sebagai seorang yang bergelar manusia, ada perkara
yang teramat mudah dimaafkan, ada juga perkara yang teramat sukar untuk
diterima manusia walau mungkin itulah takdir Allah buat hamba-hambaNya.
Alhamdulillah, hari ni, masuk hari keempat untuk empat peristiwa yang berbeza. Detik-detik aku melupakan Allah dan aku akan beristighfar untuk detik-detik seterusnya. Semuanya menjadi trauma buat aku, kencang degupan jantung ini apabila mengingatkannya sedangkan tanganku di stereng kereta merah milik abang. Allahu akbar, sukar digambarkan. Namun, aku manusia yang sering lalai dan cuai. Aku juga mudah terburu-buru, tidak tenang untukl berfikir dengan baik. Benarlah hadith riwayat At-Tirmidzi yang bermaksud: “terburu-buru itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah”.

PENGAJARAN PERTAMA: 110512 Hari Jumaat itu, aku bergerak
keluar dari uia sebelum zuhr untuk menghantar adik tersayang menguruskan
pembaharuan ic. Allah izin, tersilap jangan, gamaknya, melalui Jalan Sungai
Cincin tanpa dirancang, lantaran, tergopoh-gapah, minyak ditekan melebihi had,
Alhamdulillah, Allah menyelamatkan si ibu dan anak kecilnya. Allahu akbar.
PENGAJARAN KEDUA: 190512 Hari Sabtu itu, beberapa minggu sebelum menjelang peperiksaan akhir, petang itu, persiapan majlis makan malam untuk kelas adab arabie perlu dilaksanakan sebaiknya. Allah izin, sebuah kereta dari simpang kiri depan pintu utama Asiah berhenti memberi laluan, agar aku keluar dulu sebelumnya. Namun, mungkin lantaran tergopoh juga, aku memusing stereng ke arah kanan secepatnya, tanpa menyedari kehadiran sebuah motosikal dari arah kiri. Allahu akbar. Kali ni, terjejas sikit kesihatan kereta itu. Bumper depan bahagian kiri sedikit terjatuh. Serba salah aku memikirkan si penunggang foreinger itu. Dia juga tidak kurangnya. Aku minta maaf, tapi dia yang bernama Muhammad juga merasakan dia yang lebih lagi perlu minta maaf. Pertemuan tanpa dirancang itu diakhiri dengan pertukaran no telefon dengan niat untuk memaklumkan sebarang bayaran yang mungkin perlu sebagai ganti rugi. Namun, alhamdulillah, semuanya hanya tinggal pengajaran buat kami berdua, sungguh perlu untuk kita berhati-hati. Kata Muhammad yang berkulit gelap itu; “vehicles don’t matter as long as we are in good health.”

PENGAJARAN KETIGA: 230512 Petang Rabu itu, emak dan adik merancang untuk makan malam di HAYAKI seperti biasa, jam 5.30. Namun, lantaran sedikit cuai, aku berek mengejut di persimpangan jalan di hadapan Idaman Plaza, dengan harapan tidak mengakibatkan kecacatan pada kereta lain. Alhamdulillah, sempat berek. Tapi Allah izin, kereta belakang aku ikut dekat, cacat rasanya rupa belakang kereta aku di’cium’nya. Namun, apabila diperiksa, hanya kereta uncle Andy sahaja kemek teruk. Allah menentukan sebaik-baik pengajaran dan menyelamatkan aku dari sebarang penyelewengan. Aku kira Allah menghantar abang-abang pencuci kereta di tepi jalan berhampiran dengan simpang Jalan Ibukota Kiri itu untuk menjelaskan hakikat sebenar peraturan jalan raya disebabkan terlalu jelas kelihatan di wajah aku rasa serba salah dan mulutku yang tidak henti meminta maaf. Alhamdulillah. No telefon yang sempat ditukar dengan lelaki dewasa berbangsa cina itu hanya tinggal simpanan. Tiada panggilan masuk, mahupun pesanan ringkas. Kerana peraturannya, yang belakang itu silap, jarak antara kenderaan perlu sentiasa diperhatikan. Walau mungkin ada niatnya untuk meminta sedikit bayaran atas kejadian itu.
PENGAJARAN KEEMPAT: 190612 Hari ini, Selasa, punya sedikit rancangan untuk ke kampus, masukkan duit syiling, tapi setelah lengkap berbaju kurung, aku tiba-tiba terasa malu untuk membawa duit syiling sebanyak itu, tambah pula, sangat berat dibandingkan barang-barang biasa. Namun, ada baiknya pergi uia solah zuhr berjema’ah dan memberi sedikit fokus pada hafalan aku. Duit syiling ditinggalkan pada adik aku lantaran semangatnya untuk mengiranya. Persimpangan berhampiran dengan Puteri Idaman dan Sutera Idaman itu sedikit sibuk, hampir saja mengganggu laluan motosikal milik seorang pakcik tua berbangsa cina, namun, alhamdulillah, motosikalnya dapat dikawal, tidak ber’sentuhan’lah kami. Tapi mukanya yang tenang tu membuatkan aku terfikir banyak, entah apa yang bermain dalam fikirannya pagi itu. Selalunya, setiap kali aku mengganggu laluan motosikal, pelbagai ‘teguran’ yang patut aku terima. Namun, tidak kali ini, pakcik itu tiada respon. Ajaib rasanya. Tanpa disedari, ia jadi muhasabah aku untuk hari itu.
No comments:
Post a Comment