Sungguh sukar mengubah sikap, menukar tabiat apatah lagi
memperbaiki akhlak. Seorang yang dibesar dalam suasana kasar bicaranya, huru
hara kata-kata, buruk raut wajahnya masakan mampu menjadi lembut dalam setahun
dua. Siapa mengira aku lembut itu silap. Siapa memandang aku tenang juga silap.
Apatah lagi yang memandang aku solehah juga teramat silap. Wahai lelaki bakal
teman hidupku, terimalah aku kerana Allah, terima aku seadanya aku, dan terima
aku sebagai aku. Aku yang sentiasa menangisi kesukaran membuang semua keburukan
ini, yang mana inilah terkadang menjadi punca kegagalan dakwahku. Yang terkadang,
aku tak mampu maafkan diri aku dan tidak juga mampu meluahkannya agar
dimengerti.
Benar luahan hati aku kepada sahabat teristimewa, lembutlah
anaknya lantaran lembut bicara, tetapi malanglah anakku lantaran ibumu yang
tidak kenal semua itu. Bukan aku menyumpah si kecil yang belum pasti milikku,
namun, itulah yang menghantui aku setiap kali tegang suasananya, mencuka setiap
muka, perit ditelan manusia. Ramai teman-teman menyedarinya, terluka dan terus
tercedera. Sakit dan pedih yang sukar sembuh sekali rawatan. Namun, itulah
diri-diri hasil biah itu. Jiwa-jiwa kasar kelahiran didikan itu. Juga lidah-lidah
manusia sebegitu. Moga Allah beri kekuatan kepada hati-hati ini dan memaafkan
kekurangan jiwa-jiwa ini. T_T
No comments:
Post a Comment