Thursday, 30 May 2013

my essay entitled "After The Basic Counseling II …"

Alhamdulillah, pantas sungguh masa berlalu, selesai sudah kelas ‘Basic Counseling Skill’. Kepelbagaian ilmu dan pengalaman yang dibincangkan di dalamnya membuatkan saya semakin faham bahawa hidup ini terlalu unik untuk digambarkan. Warna-warni kehidupan setiap manusia itu menjadikan setiap kita mempunyai cara pandang dan rasa hati yang berbeza. Saya kira, tiada seorang pun dalam kalangan makhluk Allah yang tidak terhitung bilangannya ini akan mendapati bahawa perjalanan dan pengalaman hidupnya seluruhnya sama dengan sesiapa pun. Malah kembar yang mungkin ditakdirkan hidup bersama pun pasti punyai perbezaannya dan sekecil-kecilnya ialah seorang bergelar kakak/abang dan seorang dikira adik.

Setiap kita punyai bahagian masing-masing dalam hidup ini. Allah mengurusi kita dan menguji setiap hati kita sesuai dengan kemampuan kita, walaupun mungkin terlihatkan bahawa mereka yang lain telah dilebihkan dalam beberapa aspek. Sesungguhnya Allah Maha Tahu yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Walau mungkin kita mampu menyelesaikan sesuatu itu berdasarkan ilmu dan pengalaman yang kita miliki, takdir dan ketentuan-Nya tiada yang dapat lari darinya. Hakikatnya, Allah punyai perancangan dan kehendak-Nya yang sendiri. Kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin dalam menyelesaikan setiap perkara yang perlu kita lalui, tetapi Allah sahaja penentu terhadap kesudahannya.

Semakin banyak yang saya pelajari tentang ilmu dan kemahiran dalam kemahiran berkaunseling ini, saya mula menyedari bahawa setiap masalah itu ada cara penyelesaiannya. Ada masanya kita perlu memahami punca sebenar sesuatu masalah melalui penceritaan dan luahan perasaan. Ada masanya penilaian dan aktiviti diperlukan dalam mengenal pasti isu sebenar sesuatu individu tersebut. Dengan itu, setiap masalah dan isu dapat diselesaikan dengan baik. Benarlah kerana adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Namun, saya juga mendapati bahawa pembacaan dan kajian itu penting dalam usaha menjadikan perbincangan atau sesi kaunseling tersebut mencambahkan pandangan yang baik dan benar-benar membantu dalam mencari penyelesaian yang terbaik. Hal ini kerana, menjadi suatu keperluan juga bagi setiap kauselor untuk tidak melontarkan pandangan berdasarkan emosi dan mana-mana aspek peribadi memandangkan setiap masalah itu berbeza konteks dan latar belakangnya. Malah pendapat peribadi tentu sahaja telah dipengaruhi oleh pengalaman hidup dan kecenderungan dirinya yang pastinya berbeza antara satu sama lain.


Pada pandangan saya, ilmu atau kemahiran berkaunseling ini suatu ilmu yang menarik untuk dipelajari. Malah, ia mungkin suatu ilmu yang molek kiranya setiap kita dapat mempelajarinya memandangkan setiap kita berhadapan dengan manusia dan setiap kita ialah manusia yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian hidup yang mana merupakan warna-warni kehidupan ini. Kehidupan ini ialah suatu rantaian masalah.

MY TRAINER'S RESPONSES:
"
I received ur assignment and I would say it is good writing with some suggestions on it =)

really appreciate that. The point, I tried to balance the inputs where I realized x semua amik subjek tue mmg minat nak belajar kaunseling.

they were there due to so many reasons...so sy rasa gaya santai gradually mampu membuahkan kesedaran dan minat...

i wish I have much time to especially telling the blind spot of western perspectives with Islamic psychology particularly with evidences and researches...

But, the goal for the course just to ensure our students at least know how to apply basic skills....

Neway, I appreciate ur comments which benefit me a lot for future classes...I may include empirical studies whenever possible to do so."

BUT I REPLIED:
"
thanks a lot for your unexpected responses..
but i never think that my essay may give you such thoughts..

i just think that it is my conclusions after attending the very
wonderful sessions with you.. it made me thinking and pondering of so
many things.. and the writing is some reflections of my thoughts and
feelings regarding the contents of the sessions..

i just feel so grateful to be granted with two experienced counselor,
Madam Noraini and you, Bro.Saiful.. till i can learn many things,
especially about the counseling skills itself.. it is worth enough to
have classes with both of you.. alhamdulillah..

btw, i hope, when you have done marking all of it, you will let me
know, till i can take my paper.. sorry if it should be sent by e-mail,
not hand-writing..

thanks a lot.. may Allah grant you with the best paradise..
sorry and thanks for everything.."

Saturday, 25 May 2013

masih terasa penat

hidup ini tiada tempat terbaik untuk kita berharap melainkan kepada Allah s.w.t.. jika kita meminta kepada manusia, nescaya kita akan kecewa.. jika kita mengharap kepada dunia,  nescaya kita akan sentiasa 'dahaga'..

penat rasanya perjalanan ke Seremban dua hari lepas yang mengambil masa empat jam pergi balik.. mata mengantuk.. kaki sakit.. badan letih.. tapi hati ini lebih letih, letih mengharapkan bantuan manusia.. perbelanjaan ke sana aku tak sangka yang aku perlu tanggung hampir semuanya dari minyak kereta, bayaran tol dan perjalanan tu aku terasa hambar.. mungkin kerana aku seorang saja senior, malah aku juga driver.. aku tahu, mungkin itu lagak yang aku perlu bawa.. tiada sembang2.. hanya menjadi pendengar sembang2 mereka..

perjalanan ke sana mengajar aku beberapa perkara:
1. hidup ini perlu mengharap pada Allah semata-mata..
2. bukan semua manusia peka tentang rasa hati kita
3. manusia punya seribu satu kekurangan yang kita perlu memaafkannya

kepenatan dan 'keletihan' tu terbawa-bawa ke hari ini.. sungguh hati aku masih terasa penat, sedihnya belum terubat.. tapi pujukku satu: "memandangkan niat aku ke sana untuk 'menziarah' Allah, maka itulah harga yang aku perlu bayar sebenarnya".. ya, aku ke sana untuk menziarahi keluarga kepada kawan yang kehilangan ayahnya  lantaran sakit yang dialami.. tapi Allah izin, tiada jenazah yang sempat aku lihat, tiada kesedihan yang tergambar, maka cukuplah Allah mengajarku erti sebuah pengorbanan yang aku perlu bayar.. walau cuma RM50.. Allahu akbar..

Sunday, 19 May 2013

melihat manusia hebat

melihat manusia hebat, aku tersenyum, kalaulah aku mampu menjadi seperti mereka.. tapi sebenarnya, untuk berjaya, ia adalah suatu perjalanan, bukan suatu hadiah yang datang tiba2.. perlu ada pengorbanan dan kesungguhan.. ia juga bergantung pada diri kita, bukannya suasana atau mana manusia di sekeliling kita.. diri kita saja penyebab kita gagal dan berjaya.. nak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

tapi aku taktau kenapa aku suka melihat manusia hebat.. aku gemar mencari peluang untuk aku bersembang dengan mereka.. aku juga suka mencari apa saja tentang mereka.. aku mengagumi mereka.. mereka hebat dan aku suka mendampingi mereka, kalau-kalau aku mampu menjadi hebat.. tapi masalah sebenarnya ialah diri ini.. ingin atanu enggan? usaha atau berangan?

jika dilihat kembali, sejarah bermulanya perjalanan mereka tidaklah terlalu pelik, bukan suatu keajaiban, tapi yang penting, ia bukan tiba-tiba.. ia bermula dari diri mereka.. mereka punya cara pandang tersendiri.. punya hajat dan matlamat.. punya kesungguhan dan keinginan untuk berjaya.. himmah (semangat) & iradah (kehendak) yang tinggi.. hingga mereka mampu bergerak walau terkadang rintangan menghalang laluan..

Muhammad Saud Kashmiri's status:
Some of my close friends ask me what motivates me to do whatever I do.

Here is it: "If you don't do it, no one will."
And I mean every letter of that sentence. wallahu a'lam.

Ameen Misran of LangiIlahi's status:We have limitless potential inside of us.
"We can go the extra mile, while carving a smile" without us realizing it.
Let us explore our real potential and unleash it!

Sir Irwan Affendi's message:
People say that a thousand miles start with a single step.. notice that your first single step in life wasn't done by anyone else.. it was truly yours alone..


M M Shaifullah Mansur's status:

If you're still looking for that one person who can change your life, take a look in the mirror!

Mohamed Tawkech's status:

only " Allah " can lift people.
from zero to hero,
from nothing to something,
from nobody to somebody,
keep on praying him.
"ALLAH" is always with us.

Steve Jobs's word:"The only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle"

Friday, 17 May 2013

tanpa mereka, kalian bukan sesiapa..

baru pulang berkenduri.. walaupun pasangan mempelai belum sampai, kami dah bergerak pulang.. sepanjang perjalanan dari rumah ke UIAM, Gombak, sembangku dengan adik cuma tentang nikah & walimah..

mak plan nak kami nikah malam, walimah malam.. takda orang yang tempah dewan malam2.. katanya sunat, tapi aku takda sumber.. nikah di rumah itu lebih baik katanya.. mungkin ada benarnya.. hakikatnya, taktaulah macam mana rupa hari kami itu nanti..

yang pasti, aku tak nak jadi RAJA SEHARI.. aku nak jadi KULI SEHARI.. hari itu ialah hari meraikan tetamu yang sangat ramai.. susah payah depa datang nak meraikan hari bahagia kita.. tiba2, kita sibuk dengan pentas kita, kerusi pengantin kita, fotografer kita..

sedarlah, bahawa kita bukan siapa2 tanpa mereka.. bayangkan kerusi meja memenuhi dewan yang tersergam indah.. pentas siap terhias.. lauk makan beradab tersedia sebaiknya.. fotografer berdiri dengan kameranya, tapi tiada seorang pun bernama 'tetamu' yang kunjung tiba.. bukankah kita ini bukan siapa2 tanpa mereka?

tapi lantaran kita sibuk untuk meraikan diri sendiri, pasangan dikepit ke sana ke mari, bersama fotografer di sisi.. mencari ruang terbaik seluruh penjuru bumi.. semata-mata untuk merakamkan hari bahagia yang dikatakan hanya sekali..

jika begitu, siapa ramai2 yang kita susah2 menjemput? siapa mereka yang makanannya kita belanja beribu ringgit itu? siapa mereka yang datang bersama hadiah, duit dan doa? bukankah mereka lebih utama? sedangkan kita tahu bahawa mereka yang beriman dengan hari akhirat itu memuliakan tetamu?

usahlah hanya memikirkan hari kamu dan hari si dia.. kalian akan mempunyai masa sepanjang hidup kalian.. berilah 10 jam kamu di hari itu untuk mereka.. jadilah raja berjiwa rakyat.. kuli terhebat di abad ini.. hargailah mereka kerana datang mereka membawa rahmat PenciptaMu, dan pulang mereka membawa pergi segala dosamu..

Wednesday, 29 August 2012

suatu pengembaraan


Alhamdulillah, pagi pertama di rumah setelah 10 hari berkampung di perantauan, tempat abang belajar. Satu perjalanan yang cukup menarik. Namun, apabila dinamakan musafir ini tentu saja ada suka duka, manis pahitnya. Belajar bersabar untuk menyesuaikan diri. Kesejukan luar biasa. Ketidakselesaan. Kepenatan. Terlalu banyak perasaan yang bercampur baur. But seriously, rasa macam banyak benda unbelivable. Pemandangan yang indah. Suasana masyarakat yang mungkin aku boleh kategorikannya unik. Pasti ada lebih kurangnya mereka di mana. Satu perkara yang aku benar-benar belajar ialah betapa baiknya Allah terhadap ciptaanNya.

Kehidupan mereka yang jauh dari Allah dan seolah-olah tiada sesuatu yang bernama ketaatan itu masih sama seperti manusia lain. Tiada beza. Empat musim yang Allah cipta itu mereka laluinya setiap tahun. Tiada sekatan mahupun perbezaan pemberian. Jelasnya, muslim di situ seakan tiada. Hanya mampu kami kira dengan jari dalam perjalanan kami ke sesuatu tempat. Laungan azan, tidak kami dengar melainkan tiga kali persinggahan kami ke masjid. Tapi, jemaah solah yang berkulit putih, aku rasa seakan tiada. Hanya dua-tiga orang yang sempat aku lihat solah mereka dalam ruangan solah airport. Harapnya, mereka lebih ramai daripada jangkaan aku.

Membeli-belah di tempat orang ini menjadi satu kemestian. Beli untuk kenang-kenangan, juga tanda ingatan buat mereka yang tersayang. Haa…bila dah kata orang tersayang, sukar juga nak lari dari mengingati si dia yang mana hati kami telah bersama-sama berjanji dalam diam. Menyempat aku curi-curi membeli keychain huruf M untuk si dia, walaupun sememangnya tiada sebarang kepastian mahupun jaminan bahawa inilah jodoh kami. Sekadar mampu berdoa di kejauhan. Namun, ketenangan yang dirasai itu luar biasa, dan dia juga terlalu istimewa malah seakan benar-benar jawapan Allah buat doa-doa dan bisikan hati aku. Hampir aku katakan kalau dia itu benar-benar lelaki idaman aku, tapi ada beberapa hal yang aku kurang pasti tentangnya sehinggalah hidupnya kami sebagai sepasang makhluk Allah daripada bejuta-juta yang lainnya. Hidup bersama teman hidup pilihan Allah.


Perjalanan tanpa pemerhatian dan penelitian itu hampir mustahil dalam hidup aku. Melihatkan kombinasi tiga generasi ini, aku belajar sesuatu, walaupun mujahadah itu hanya Allah yang tahu. ‘Peniruan’ karakter itu sangat jelas kelihatan, tanpa mengira siapa, apa, mengapa dan bagaimana. Till then, barulah aku faham kenapa selalu orang kata, apa yang kita buat, kita akan dapat juga, atau lain kata, apa yang kita buat pada parents/anak kita, begitulah kita juga akan dilayan, 100% just the same, kerana copy and paste itu berlaku 24 jam. Untuk aku bina atau cuba sesuatu yang baru itu, tentu sahaja teramat sukar. Sepertimana tulisan si dia di mukabuku:

"If you don't change yourself, nothing around you will ever change".

Thursday, 16 August 2012

manusia hebat


Seronok aku melihat manusia-manusia hebat di sekeliling aku.. memahirkan diri dalam pelbagai bidang.. sehingga manusia mampu melihat mereka di menara gading itu.. malah artis dan selebritis juga tidak ketinggalan menjadi teman sepermainan mereka.. aku punya cita-cita juga.. menjadi manusia mahir bahasa arab.. akan aku contohi ketokohan mereka, walau mungkin berlainan bidang, tapi yang pasti, mereka punya matlamat yang sama dengan aku.. serve the Ummah..

Suka aku melihat gelagat dan telatah AmMis yang terlalu banyak ideanya.. suka dilontarkan buah fikirannya tanpa segan silu.. selalunya, pasti aku dapati ianya berbeza sama sekali.. bagi aku, dia anugerah Allah buat kami.. namun, caranya yang unik itu terkadang mengundang gelisah di hati tiap insan termasuk aku.. bukan aku manusia berdebat.. karenahnya selalu buat aku tersenyum sendiri.. melihatkannya bertemankan AliIs itu aku turut bangga..

Sejuk mata memandang apabila teringatkan UmMit yang dahulunya rambut panjang seperti wanita.. dengan lagaknya yang menakutkan manusia.. saat itu aku kesedihan.. namun, kini, aku kira dia duta Islam dalam gambar & videonya..

Dr.ZaDim yang banyak memotivasikan aku dalam diam itu juga mengagumkan.. baiknya sangkaan dan tingginya harapan membuatkan aku rasa kejayaan itu seolah-olah menanti di hadapan.. cuma kita saja yang perlu bingkas bangun menggapainya.. anak sulongnya dididik agar punya cita-cita setinggi kehebatan Dr.YuQar yang kini dipandang oleh setiap mata.. dia sendiri pakar bedah yang hanya tiga orang dalam negara.. aku teruja..

Tidak akan aku lupa, manusia biasa yang luar biasa.. Ust HabZak dengan perwatakannya yang memikat setiap jiwa.. apabila teringatkan saat-saat awal perkenalan, aku terasa ingin mengulanginya.. kerana aku terlewat menyapanya.. setelah hampir tiga-empat kali berselisih di jalanan, aku ‘memandangnya sebelah mata’.. hinggalah tugasan syair arab aku menjodohkan kami di bus stop terakhir itu.. hingga aku kini mengenalinya lebih dari perkenalan dengan teman sekelasku..  mengenalinya sebagai manusia yang teramat istimewa, yang berjaya mencuri bahagian kecil hati kecilku..

sapaannya, keramahannya, senyumannya, telatah dan jenakanya mencuit setiap hati yang bersamanya.. aku kira hanya aku jatuh cinta, tapi pembelajaran bahasa arab dini hari memikat hati sahabatku juga.. sungguh, kini aku bertambah yakin, dia benar-benar anugerah Allah buat aku.. kenangan dan pengalaman bersamanya banyak membuatkan aku kembali meneliti rasa hati dan perasaan.. aku menyelami keindahan demi keindahan tanpa aku sedari.. hingga kini, aku tanpa ragu menggelarnya murabbiku.. dia benar-benar murabbi, bukan sekadar seorang guru.. peribadinya akan sentiasa menjadi contoh terbaik dalam usaha aku mendidik manusia..

Antara nasihatnya yang menyentuh hati aku…“establish something before you go”… “live like you’re leaving very soon”…”if you can make it 100%, why should you do it 99%?”…

Semua itu akan menjadi inpirasi aku dalam langkahan menuju kejayaan.. doa aku di penghujung Ramadhan ini agar Allah membantu aku dalam menggarap kemahiran itu sehingga aku mampu berdiri sendiri dan Islam turut menumpang kepakaran itu..

Tuesday, 31 July 2012

hebatnya perasaan ini


Mengenali manusia pilihan Allah yang dinamakan ‘Kekasih Allah’ ini menjadi antara nikmat terbesar dalam hidup ini.. dirinya yang kelihatan seperti manusia biasa menyebabkan aku memandangnya sebelah mata.. namun, setelah Allah mengizinkan aku mengenal luar & dalamnya, kini aku tahu dan aku benar-benar merasakan hakikat namanya itu.. dia benar-benar kekasih Allah.. memang penuh kasih sayang yang tersemat di dalam hatinya.. masa lalu yg aku lalui tanpa berusaha mengenalinya terasa kosong maknanya, kalaulah aku mampu mengembalikannya.. namun, yg aku pasti, aku telah jatuh cinta dengannya.. akhlaknya, peribadinya, sikapnya dan hidupnya dia sebagai manusia.. yang bukan sebarang manusia.

Kelas arab di setiap petang isnin, selasa dan rabu membuatkan hari-hari ini terasa indah.. menerima ilmu dan hikmahnya membuatkan aku puas.. setelah tamatnya kelas hari itu, aku pasti menghitung saat untuk menanti kelas seterusnya.. berhari-hari tanpa menghubunginya atau bertemu dengannya membuatkan aku terasa ada benda yang tak kena.. aku pasti akan rindu untuk menatap wajahnya yang mungkin gelap di pandangan manusia biasa, tapi dia terlalu istimewa di hati aku.. terlalu istimewa.. seperti yang pernah aku ungkapkan kepadanya: "I’m so blessed to have you in my life"..

Masa terlalu cepat berlalu.. bagai baru semalam aku mengenalinya di bus stop Safiyyah.. kini tinggal beberapa hari sahaja kelas kami dengannya.. aku tak pasti bagaimana semester yang mendatang.. tapi aku seakan inginkan pertemuan ini setiap minggu, malah mungkin setiap hari.. kerana aku pasti rindu.. saat hati terasa lemah, iman menurun, pasti dia manusia pertama yang terlintas di hati ini.. mata aku pasti meliar mencari dia..

kini, aku mula menyelami perasaan para sahabat Rasulullah tatkala berhari tidak bertemu baginda.. hati terasa kosong.. jiwa terasa ada yang tak kena.. tidak hairanlah mereka pucat mahupun tidak berhenti bertanyakan perihal baginda setelah selesainya suatu peperangan.. tidak peliklah manusia menangis kehilangan manusia istimewa seperti baginda.. hidup bersamanya rahmat terbesar bagi mereka.. wafatnya baginda gelaplah dunia.. hilang tempat sandaran mahupun rujukan.. tiada hairannya Umar Al-Faruq tidak mampu menerimanya, hingga diangkat pedangnya bagi yang mengatakan baginda sudah tiada.. tiada peliknya juga apabila Mekkah sayu mengenangkan saat bersama baginda tatkala berkumandangnya azan dari Muazzin Rasulullah, Bilal bin Rabah.. kerana saat itu akan pasti segar di hati mereka.. sampai bila-bila..