Mencari fakta tentang had umur atau umur terbaik untuk mengahafal Al-Quran. "Setelah 20 tahun, sangat sulit untuk menghafal. Lebih dari 23 tahun, kemampuan itu berakhir, jadi semakin muda memulainya, itu lebih baik." Perkataan itu membuatkan aku sedar betapa singkatnya hidup sebagai seorang manusia. Kalau masih ada masa yang berbaki, tanggungjawab sebagai isteri, menantu, ibu, mertua dan nenek itu akan aku galas.
Bukankah masa ini terlalu singkat hingga kalau dipejam mata ini, seakan esok menjadi hari tuaku dan hari terakhir dalam hidupku. Namun, entah bekal apa yang telah aku sediakan. Entah amal apa yang akan aku bawa pulang. Entah apa nilainya di sisi Dia Sang Pencipta. Sedangkan ikhlas aku masih punya segala yang kurang. Hati aku masih punya segala rasa, yang sepatutnya sudah tertarbiyah lantaran proses yang terlalu lama. Bukankah aku perlu menjadi lebih baik setiap hari, kerana hidup ini akan berakhir dengan suatu yang dinamakan MATI, yang aku tak pasti bila, di mana dan bagaimana akan aku dipanggil kembali.

Mendengarkan
berita kematian seorang junior yang sebaya dengan adik aku, aku semakin terasa
dan aku tertanya-tanya, entah bila giliran aku. Hari-hari ini masih mampu aku
lalui sebaiknya, tentu saja hanya dengan izinNya. Namun, aku tidak pernah tahu,
apakah masih ada semuanya itu pada keesokannya. Masihkah mampu aku melihat
terbitnya matahari dan cantiknya awal di pagi hari. Masihkah mampu aku perbaiki
hubungan aku dengan Rabbku Ya Ilahi. Masihkah
mampu aku meniti hari ini dengan usaha tarbiyah dan dakwahku?